Bekalan Minyak RON97 Dijangka Kembali Stabil Minggu Depan - Hasan Malek

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 1:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangkakan bekalan minyak RON97 di seluruh negara kembali stabil minggu hadapan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata bekalan RON97 mengalami sedikit kejutan berikutan permintaan meningkat secara drastik susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, gangguan bekalan ini adalah bersifat sementara.

"Banyak stesen minyak mengalami kekurangan kerana pengguna beralih daripada penggunaan RON95 kepada RON97 yang menyebabkan sedikit gangguan dari segi bekalan.

"Tidak timbul isu sorok atau niat mengaut keuntungan lebih dalam kalangan syarikat penjual minyak kerana secara teknikalnya gangguan tersebut menyebabkan kehabisan stok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan baharu Bank Rakyat di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan terdapat aktiviti menyorok stok RON97 di pasaran yang menyebabkan kekurangan bekalan minyak itu di seluruh negara.
Tags / Kata Kunci: RON95 , Datuk Seri Hasan Malek

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan