KPDNKK Dijangka Siar APM Harga Petrol Seawal Ahad Ini

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 12:03 AM

ron95
(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dijangka akan menyiarkan kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi RON95 dan diesel seawal Ahad ini.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata pihaknya sedang dalam persiapan untuk merangka mekanisme itu dalam usaha bagi memaklumkan kepada rakyat bagaimana APM ini akan dilaksanakan.

"Kabinet telah membuat keputusan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat mengenai mekanisme ini supaya mereka tahu bagaimana ia dilaksanakan. Kaedah itu akan dipaparkan menerusi media massa seawal Ahad ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK) kali kedua dan melancarkan buku kepenggunaan bertajuk "Pengguna Sedar: Tahu Hak dan Celik Tanggungjawab Demi Generasi Masa Depan" terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, di sini Khamis.

Hasan berkata, penyampaian maklumat mengenai APM itu akan dibuat dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi dan pemantauan akan dibuat bulan ini supaya harga dapat ditetapkan bagi bulan Januari depan.

Sementara itu, Hasan memberi jaminan bekalan petrol RON97 dijangka kembali normal minggu depan berikutan usaha untuk menangani kekurangan itu dan menyeru pengguna tidak perlu panik.

Menurutnya kekurangan bekalan itu adalah berikutan masalah teknikal dan permintaan tinggi dan sebanyak 175 stesen minyak dilaporkan menghadapi kekurangan.

Walau bagaimanapun, beliau berkata sebanyak 120 stesen minyak sudah mengatasi masalah kekurangan bekalan setakat Khamis.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan