30,000 Rumah Di Sabak Bernam Putus Bekalan Air

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 7:51 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30,098 rumah di Sabak Bernam, Selangor dijangka mengalami putus bekalan air atau tekanan air rendah tidak berjadual mulai Rabu, berikutan penutupan sementara sebahagian Loji Rawatan Air Bernam River Headwork. 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata kawasan terjejas ialah Sungai Besar, Pekan Sabak, Parit Baru, Sungai Air Tawar, Sungai Nibong, Pasir Panjang, Sungai Panjang, Sungai Haji Dorani, Sungai Lang dan Sepintas.

Penutupan sementara loji itu oleh Puncak Niaga Sdn Bhd disebabkan banjir yang berlaku di loji itu ekoran peningkatan mendadak aliran air Sungai Bernam selepas hujan lebat sejak Selasa.

Loji rawatan tersebut akan beroperasi semula selepas kerja pembaikan selesai. 

Bagi membantu mengurangkan kesulitan pengguna di kawasan terjejas, lori tangki dan tangki air statik Syabas diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk pengagihan bekalan air kecemasan.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai gangguan bekalan air tersebut menerusi Pusat Panggilan Syabas di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau aplikasi mudah alih 'mySYABAS'.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan