RCI: Langkah Penyelesaian Lebih Baik Daripada Tuding Jari - Abdul Rahman

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 8:58 PM

Abdul Rahman Dahlan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Rakyat Sabah digesa supaya berhenti menuding jari berhubung isu pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing di negeri itu susulan pengumuman hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, mereka sebaliknya perlu memandang ke depan ketika usaha dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian termasuk memperketat tindakan penguatkuasaan di sempadan dan memajukan ekonomi Sabah.

"Kita sudah berusaha selama 30 tahun untuk mencari siapa yang bertanggungjawab dalam perkara ini dan sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah memberi tumpuan kepada perkara lebih bermanfaat untuk mencari penyelesaian.

"Misalnya, bagaimana kita boleh perketatkan lagi prosedur untuk mendapat kad pengenalan dan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing," kata Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor di sini Khamis.

RCI bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah mendapati pengeluaran IC biru secara haram kepada pendatang asing di negeri itu didorong faktor kewangan.

Ketika mengumumkan laporan RCI pada Rabu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, tidak ada dalam hasil siasatan suruhanjaya itu menunjukkan pengeluaran IC kepada pendatang asing dibuat atas kepentingan politik, khususnya atas nama 'Projek IC'.

Laporan itu turut menarik perhatian bahawa  faktor ekonomi adalah antara beberapa sebab kemasukan warga asing ke Sabah.

Justeru,  Abdul Rahman mahu supaya usaha dipergiat bagi memajukan ekonomi selatan Filipina menerusi kerjasama negara serantau bagi mengurangkan kemasukan rakyat negara itu ke Sabah.

Selain itu, beliau berkata Sabah perlu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja Pati dan memberi peluang kepada warga tempatan untuk mengisi kekosongan tenaga kerja.

Di KUALA LUMPUR,  Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu jawatankuasa kerja yang ditubuhkan bagi menangani masalah Pati di Sabah, segera merangka tindakan susulan.

Mohd Shafie, yang juga Anggota Parlimen Semporna, juga mahu Jabatan Pendaftaran Negara mengambil langkah drastik dengan menambah baik pengurusan dan pentadbiran mereka untuk membendung keraguan dan kesangsian masyarakat terhadap agensi itu. 

Semua pihak termasuk penduduk tempatan harus bekerjasama dalam membendung kemasukan Pati dengan menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa, katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama pengerusi dan anggota Lembaga Pengarah syarikat milik agensi di bawah kementerian itu pada Khamis.

"Nak bendung kemasukan PATI ini bukan satu benda yang mudah sebab itu kita perlu kerjasama penduduk tempatan. Mereka perlu ada rasa tanggungjawab untuk menjaga keselamatan kampung dengan melaporkan mengenai orang baharu yang menetap di kampung mereka," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan