120 Ribu Pelajar Di Terengganu Dapat Baucar Beli Pakaian Sekolah - Berita Semasa | mStar

120 Ribu Pelajar Di Terengganu Dapat Baucar Beli Pakaian Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 3:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 120,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari golongan kurang berkemampuan di Terengganu akan menerima bantuan lengkap pakaian sekolah untuk sesi persekolahan 2015 daripada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata bantuan yang melibatkan kos kira-kira RM12 juta itu akan diagihkan sebelum sesi persekolahan bermula akhir bulan ini.

"Setiap murid yang layak akan diberi RM100 untuk mereka membeli pakaian sekolah dan bermula tahun ini kita memperkenalkan konsep baharu dalam pengagihan melalui pemberian baucar menggantikan wang tunai mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh setiap wakil rakyat atau Pegawai Pembangunan Parlimen (kawasan pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Zon Kuala Terengganu di sini, Khamis.

Beliau berkata penerima yang mendapat baucar itu boleh menukarnya di kedai pakaian terpilih dan secara tidak langsung akan menjana ekonomi dalam kalangan peniaga terbabit.

Menurutnya bagi mereka yang mempunyai bilangan anak bersekolah yang ramai, bantuan dihadkan kepada dua orang sahaja untuk setiap keluarga.


Tags / Kata Kunci: Terengganu , Sekolah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan