KTMB Sedia Mulakan Operasi Keretapi KL-Butterworth

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 12:55 PM

Datuk Nawawi Ahmad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perkhidmatan kereta api laju yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Butterworth dijangka beroperasi pada Jun tahun depan.

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)  mampu bergerak pada kelajuan 160km/jam berbanding kelajuan semasa yang hanya boleh mencapai 140km/jam.

Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad berkata perkhidmatan terbaharu ini boleh membawa 350 penumpang dengan 10 gerabak ditetapkan akan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2016.


"(Ini adalah sebahagian daripada) operasi yang menghubungkan Padang Besar ke Kuala Lumpur. Tetapi yang pertama, pada bulan Jun 2015 adalah operasi di antara Butterworth dan Kuala Lumpur," kata beliau dalam satu temu bual.

Nawawi berkata perbincangan masih diadakan sama ada perkhidmatan itu akan mengangkut penumpang terus dari Kuala Lumpur ke Butterworth atau di pertengahan jalan dari Ipoh.

Beliau mengesahkan bahawa set gerabak akan dihasilkan CSR Zhuzhou, syarikat dari China yang membina keretapi Class 92 untuk perkhidmatan komuter KTMB.

Tiga set gerabak akan mula beroperasi di laluan KL-Butterworth pada bulan Jun. Tujuh lagi akan bergerak di landasan secara berperingkat menjelang Januari 2016.

Unit-unit baharu akan dibawa ke Malaysia mulai bulan depan dan diuji oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar melalui projek landasan berkembar elektrik.

Dilaporkan bahawa 329km landasan dari Ipoh-Padang Besar akan diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan menjelang akhir tahun ini.

Laporan China Daily memetik CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co (CSR ZELC) berkata, kereta apinya akan digunakan untuk laluan di antara Padang Besar dan Johor Baru sepanjang 900km.

Presiden CSR ZELC Zhou Qinghe berkata, selepas kumpulan pertama 10 set telah dihantar di sini, kereta api dari jenis yang sama akan dihasilkan di Malaysia.
Tags / Kata Kunci: KTMB , ETS , Datuk Nawawi Ahmad

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan