Malaysia Sasar Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Lebih Baik - Najib

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 11:44 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua rakyat Malaysia untuk memerangi rasuah ketika negara menyasar untuk terus memperbaiki kedudukannya dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Malaysia telah naik tiga anak tangga, dari tempat ke-53 tahun lepas kepada ke-50 tahun ini dalam ranking CPI melibatkan 175 negara.

"Walaupun satu pencapaian yang menggalakkan, kita tidak harus berpuas hati dengan kejayaan ini. Sasaran kita adalah untuk menduduki tempat ke-30 pada 2020.

"Bagi mencapai sasaran itu, kita perlu semua orang bekerja bersama-sama untuk memerangi rasuah," kata Perdana Menteri dalam blognya pada Khamis.

Najib berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memerangi rasuah dengan isu itu menjadi salah satu inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Negara (GTP) yang dilancarkan pada 2010.

Pada ketika itu, Najib berkata Malaysia menduduki ranking CPI ke-56. 

Beliau menyifatkan pencapaian Malaysia dalam ranking terbaru CPI itu kepada usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard dalam pasukan polis, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) dan banyak lagi.

Beliau berkata pada kedudukan CPI ini, Malaysia adalah kedua terbaik di rantau Asia Tenggara dan mencatatkan prestasi terbaik dalam tempoh 10 tahun.

"Alhamdulillah, program transformasi kita berada di landasan yang betul," kata Najib.

Beliau menegaskan bahawa ranking CPI merupakan satu lagi petunjuk yang menggalakkan, selain peningkatakan yang dicapai oleh Malaysia dalam senarai mudah menjalankan perniagaan oleh Bank Dunia serta pertumbuhan 6.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Peningkatan GDP itu adalah teringgi dalam kalangan negara di rantau Asia Tenggara pada sembilan bulan pertama tahun ini, katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan