RCI Sabah: Masa Untuk Kaji Semula Kad Pengenalan Meragukan - SAPP

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 3:01 PM

Datuk Yong Teck Lee

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kad pengenalan Malaysia dan MyKad yang mencurigakan yang dikeluarkan kepada warga asing melalui sindiket perlu dikaji semula dengan serta-merta, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.

Beliau berkata, kad pengenalan tersebut dan MyKad yang dikeluarkan secara haram berdasarkan maklumat palsu harus diletakkan di bawah status 'tidak sah' di bawah undang-undang.
 
"Kerajaan harus dengan segera menghapuskan dokumen-dokumen yang telah dikeluarkan secara haram," katanya ketika mengulas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing tanpa izin (Pati) Sabah yang dikeluarkan Rabu.

Yong, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, berkata laporan itu menunjukkan bahawa ramai yang telah menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan 'kewarganegaraan' melalui sindiket dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara.

Beliau berkata hanya dengan mengeluarkan kad pengenalan Sabah menjadi penyelesaian berdaya maju untuk isu pengeluaran dokumen kewarganegaraan yang meragukan itu kerana  keyakinan yang sedikit diberikan kepada pihak berkuasa persekutuan untuk menyelesaikan isu pendatang dan isu dokumen yang menyalahi undang-undang itu.

Beliau berkata SAPP telah mengemukakan mekanisme kad pengenalan Sabah kepada RCI.

"Sabah pernah mengeluarkan kad pengenalan sejak tahun 1963 sehingga tahun 1980-an dan memandangkan kita mampu melakukannya, mengapa kita tidak boleh menubuhkan jabatan kada pengenalan kita sendiri," katanya, sambil menambah parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk menetapkan satu mekanisme pentadbiran untuk Jabatan Kad Pengenalan Sabah.
Tags / Kata Kunci: SAPP , RCI Sabah , Datuk Yong Teck Lee

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan