RCI Sabah: Jeffrey Kitingan Kecewa

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 9:18 AM

Datuk Dr Jeffrey Kitingan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan membidas laporan mengenai pendatang asing tanpa izin (Pati) Sabah, dengan memanggilnya sebagai satu 'usaha menutup'  dan penafian keadilan yang lengkap oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata hasil laporan itu tidak seperti yang dijangkakan, dan menyifatkan siasatan itu sebagai satu pembaziran masa dan wang.

"Bagaimana boleh (RCI) mengatakan parti-parti politik tidak terlibat (dalam pengeluaran IC), apabila semua bukti menunjukkan begitu?

"Ia tidak perlu dipanggil Projek IC, orang memberikannya bermacam jenis nama, tetapi kebenarannya, ia telah berlaku," katanya, Rabu.

Jeffrey, yang merupakan seorang saksi dalam perbicaraan berkata tidak banyak yang boleh diharapkan jika tindakan susulan yang akan dibuat adalah berdasarkan kepada 'laporan melucukan' itu.

"Apa yang kita boleh harap dari panel khas yang diketuai oleh saudara saya (Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) jika mereka akan hanya menghalalkan hasil laporan itu?.

"Mereka membuat perkara yang membodohkan rakyat dan saya sangat kecewa," kata wakil rakyat Bingkor itu.

Sementara itu Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong telah mewujudkan sedikit kekecohan apabila beliau berkeras untuk menghadiri sidang akhbar di sini.

Wong, yang pada mulanya memberitahu pemberita bahawa beliau akan menendang pintu untuk masuk, akhirnya berundur secara senyap selepas dinasihatkan oleh polis untuk meninggalkan tempat itu kerana ia merupakan sidang media dan beliau tidak dijemput.

Hanya pihak media dan pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan  hadir pada majlis pengumuman itu.

Selain Wong, bekas Senator Maijol Mahap, Setiausaha DAP Sabah Edwin Bosie dan pengulas politik Zainal Ajmain juga meninggalkan majlis selepas diberitahu bahawa ia adalah majlis untuk pihak media.

Ahli-ahli politik dan NGO lain membuat keputusan untuk tunggu dan lihat dan akan memberikan komen selepas meneliti laporan 368 muka surat itu.

Di antara orang-orang yang enggan mengulas adalah Pairin.

Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun berkata ramai penduduk Sabah telah menunggu  laporan itu dikeluarkan.

"Walaupun ia telah mengambil sedikit masa untuk laporan itu diumumkan kepada orang ramai, kita hanya boleh berharap bahawa hasilnya akan membawa kepada tindakan yang konkrit," kata Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan