Taman Negara Kuala Koh Terancam Akibat Kerakusan

Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Pusat pelancongan terkenal di Kelantan, Taman Negara Kuala Koh di sini, dibimbangi berdepan dengan kemusnahan akibat pembukaan ladang kelapa sawit secara meluas di kawasan bersempadan taman negara itu sejak setahun lepas.

Antara kemusnahan yang didakwa akibat aktiviti itu ialah berlakunya pencemaran sungai terutama apabila hujan lebat menyebabkan air berlumpur dari kawasan berkenaan mengalir ke sungai utama di Taman Negara Kuala Koh sehingga mengancam spesies ikan seperti kelah.

Selain itu, Orang Asli di kawasan itu turut mendakwa pembukaan ladang sawit itu menjejaskan mereka hingga pernah dihalau keluar dari kawasan itu kerana dianggap menduduki secara haram di Kampung Kuala Koh.

Pengusaha Pelancongan Taman Negara Kuala Koh, Nik Nora Nik Mohd Yussof berkata sejak kebelakangan ini, taman negara itu semakin kurang pengunjung terutama kaki pancing berikutan pencemaran sungai yang menjejaskan minat mereka memancing ikan.

Beliau berkata masalah itu beberapa kali dilaporkan kepada kerajaan negeri dan pihak berkaitan.

"Saya dukacita segala aduan yang dikemukakan tidak diendahkan oleh pihak berkenaan hingga Taman Negara Kuala Koh terus terdedah kepada kemusnahan berikutan berlaku hakisan hingga menyebabkan air sungai berkeladak.

"Perkara paling membimbangkan, pengusaha ladang sawit itu melakukan kerja membaja dan meracun yang boleh menyebabkan air hujan di kawasan ladang terbabit mengalir ke taman negara dan memusnahkan pelbagai spesies ikan sungai," dakwa beliau.

Nik Nora berkata taman negara itu sebelum ini tidak putus-putus dikunjungi pelancong sama ada dari dalam atau luar negara kerana tertarik dengan suasana keindahan kawasan berkenaan yang penuh kehijauan alam semula jadi di samping boleh menyusuri sungai untuk memancing.

Namun, kata beliau dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, mereka tidak berminat lagi untuk ke taman negara itu kerana keadaan tidak lagi seindah dulu.

"Pemandu pelancong juga terjejas teruk kerana berlaku kekurangan pelancong dan chalet juga di kawasan ini banyak yang kosong," katanya.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Kuala Koh, Hamdan Keladi, 46, berkata keluarga Orang Asli di kampung itu beberapa kali dihalau pemaju perladangan kerana kawasan itu sudah menjadi milik syarikat terbabit.

Bagaimanapun, kata beliau penduduk kaum itu tetap tidak akan berpindah kerana sudah lama tinggal di kampung berkenaan dan tidak ada tempat lain untuk dijadikan perkampungan baharu untuk penduduk Orang Asli.

"Kami telah tinggal di sini sebelum ladang itu dibuka, takkan kami hendak tinggalkan kampung ini semata-mata mengalah tindakan pemaju itu berulang kali menghalau kami semua," katanya.

Beliau berkata peluang penduduk Orang Asli untuk mencari sumber pendapatan hasil hutan termasuk rotan dan kayu gaharu juga teruk terjejas selepas kawasan itu ditebang untuk dimajukan sebagai ladang kelapa sawit.

Tags / Kata Kunci: Taman Negara Kuala Koh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan