Nama Persiaran Gurney Kekal - Guan Eng

Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan bahawa Persiaran Gurney di sini akan kekal dengan nama berkenaan dan kerajaan negeri tidak pernah bercadang menukarnya kepada Persiaran Chin Peng.

Lim menyifatkan tuduhan kononnya nama jalan berkenaan akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng mulai 1 Jan depan sebagai satu fitnah dan cubaan untuk menimbulkan kebencian kaum.

Tuduhan itu dibuat Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim.

"Kita nak tanya Rafizal mana ada sumber pejabat ketua menteri yang berikan maklumat sedemikian. Saya cabar beliau nyatakan siapa sumber itu. Kalau ketua menteri pun tak tahu (mengenai pertukaran nama) macam mana boleh ada sumber daripada pejabat ketua menteri.

"Perkara ini memang tidak wujud langsung. Persiaran Gurney akan kekal menjadi Persiaran Gurney. Kita rasa ini (dakwaan berkenaan) sudah lebih.

"Nak timbulkan kebencian terhadap kerajaan negeri, mengancam dan mengugut, saya rasa itu sudah lebih," kata Lim pada sidang media di sini, Rabu.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan membuat laporan polis terhadap Pemuda Umno Pulau Pinang dan Rafizal esok kerana membuat tuduhan jahat berkenaan.

Selasa, Rafizal mahukan penjelasan kerajaan negeri tentang khabar angin kononnya Persiaran Gurney akan ditukar nama berkuat kuasa 1 Jan sebagai mengenang sumbangan Chin Peng dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Rafizal dalam sidang akhbar berkata pihaknya mendapat maklumat itu menerusi sumber dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan sumber berkenaan.

Lim berkata tindakan itu juga adalah cubaan Umno untuk mengalih perhatian rakyat terhadap ucapan Ketua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said pada Perhimpunan Agung Umno Jumaat lepas.

Mohd Zaidi mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran adalah 'sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN)' di Pulau Pinang dan mahu aktiviti penguatkuasaan diperketatkan.

"Perbuatan jenayah ini saya rasa nak alih perhatian daripada masalah yang dihadapi oleh Umno sekarang," katanya.

Sementara itu, Lim berharap polis dan Pihak Berkuasa Tempatan akan menjalankan operasi bersama bagi menangani isu penjaga tempat letak kereta haram yang menggunakan kekerasan terhadap orang awam bagi mengutip wang.

"Pada 1 Dis lepas, seorang lelaki dipukul dengan helmet oleh penjaga tempat letak kereta haram kerana tidak membayar wang parkir. Lelaki itu tak mahu bayar sebab tempat letak kereta itu percuma," tegasnya.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, Theam Ah Soo, 52, dipukul dengan helmet sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an mengakibatkan mata dan dadanya cedera selepas enggan membayar wang kepadanya.

Kereta itu diparkir di kawasan tempat letak kereta percuma milik Perbadanan Bukit Bendera di Air Itam. 


Tags / Kata Kunci: Persiaran Gurney , Chin Peng , Komunis

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan