Isu Pati Di Sabah: Laporan RCI Mula Dijual Esok

Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah yang ditunggu-tunggu sekian lama akan mula dijual kepada orang ramai pada Khamis.

Laporan tersebut yang boleh didapati dalam versi Bahasa Melayu dan Inggeris berharga RM100 senaskah.

Orang ramai boleh membeli laporan tersebut bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang di Pejabat Setiausaha Ketua Menteri Sabah di Kota Kinabalu dan Pusat Sehenti di Putrajaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dalam lawatannya ke Sabah pada bulan lalu bahawa laporan RCI akan dijual kepada umum pada awal Disember.

Najib berkata panel khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan mengkaji cadangan-cadangan dalam laporan RCI itu.

Beliau berkata kerajaan bersetuju untuk menubuhkan RCI kerana mendapat persetujuan mengalakkan di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) terhadap langkah susulan bagi menangani masalah tersebut.

Panel lima anggota dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong menghantar laporan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong dan Najib pada Januari lalu.

RCI yang ditubuhkan pada 2012 ditugaskan untuk menyiasat kebanjiran pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah.

Ia meliputi lapan terma rujukan termasuk menyiasat bilangan warga asing yang menerima kad pengenalan negara ini.

Mereka mendengar keterangan daripada 211 orang saksi.



 


Tags / Kata Kunci: RCI , Sabah , Pati

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan