Ancaman IS Bahaya Seperti JI, Al Qaeda

Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ancaman yang dibawa kumpulan militan IS, Jemaah Islamiah (JI) dan Al-Qaeeda adalah sama bahaya dan memberi impak yang besar kepada keselamatan negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kegiatan kumpulan-kumpulan itu perlu dipandang serius kerana masing-masing mempunyai matlamat sama untuk menubuhkan negara Islam dengan fahaman radikal.

"Saya ingin menyatakan Jemaah Islamiah dan Al-Qaeeda mempunyai matlamat sama dengan kumpulan pengganas IS iaitu untuk menubuhkan sebuah negara Islam sepenuhnya mengikut acuan radikal mereka.

"Apa yang dibimbangkan apabila mereka menunjukkan tanda sokongan melalui bai'ah (ikrar taat setia) dan berjuang dengan cara sama seperti kumpulan pengganas IS iaitu melakukan kekejaman dan tindakan tidak berperikemanusiaan," katanya menjawab soalan Senator Norliza Abdul Rahim di persidangan Dewan Negara, di sini, Rabu.

Norliza ingin tahu sejauh mana ancaman IS kepada negara dan di tahap mana ancaman itu berbanding ancaman Jemaah Islamiah dan Al-Qaeeda.

Wan Junaidi berkata Polis Diraja Malaysia tidak akan berhenti mengesan individu yang terbabit dengan sebarang kegiatan militan bagi memastikan keamanan negara terus terjamin.

Katanya sehingga 25 Nov lepas, sejumlah 45 individu ditahan di negara ini ekoran terbabit dengan kegiatan militan IS.


Tags / Kata Kunci: JI , IS , Al Qaeda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan