DUN Selangor: Adun BN Bantah Usul Mansuh Akta Hasutan

Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 5:26 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada Rabu membantah tindakan ADUN Kampung Tunku Lau Weng San yang mengemukakan usul menggesa kerajaan pusat memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias, yang mewakili 11 ADUN BN lain berkata tindakan Lau daripada DAP mengemukakan usul itu hanya sekadar satu 'gimik politik'.

"Lagipun, DUN Selangor bukanlah tempat sesuai untuk mengemukakan usul mansuh Akta Hasutan disebabkan ia adalah Undang-undang Persekutuan.

Kami tidak mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini sebab berpendapat Akta Hasutan perlu dikekalkan demi menjamin keharmonian masyarakat secara keseluruhan," katanya dalam sidang akhbar semasa waktu rehat tengahari sidang di lobi dewan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno 2014 Khamis lepas, mengumumkan akan mengekalkan Akta Hasutan 1948, dengan cadangan memasukkan dua peruntukan khas, bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan lain-lain agama serta mendakwa mereka yang menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd Shamsuddin (BN-Sungai Burong) berkata tuntutan penyokong kerajaan negeri itu tidak masuk akal sebab kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam perlembagaan bukanlah bersifat mutlak dan ada batasannya.

"Ada beberapa peruntukan asas dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan termasuk mengenai hak keistimewaan orang Melayu and kedudukan Raja-Raja Melayu," katanya.

Terdahulu, dewan meluluskan usul untuk menggesa kerajaan pusat memansuhkan Akta Hasutan yang digubal oleh kerajaan British pada 1948 bagi memulangkan hak kebebasan bersuara kepada rakyat jelata.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam membahaskan usul itu berkata Akta Hasutan dilihat tidak relevan lagi memandangkan ia menyekat hak asasi rakyat untuk bersuara.


Tags / Kata Kunci: DUN Selangor

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan