Pemindahan Banduan Antarabangsa Sebelum Jun 2015 - Wan Junaidi

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 8:17 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemindahan banduan antarabangsa antara Malaysia dan negara luar dijangka boleh dilaksanakan sebelum Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata setakat ini sembilan negara iaitu Iran, Latvia, Bulgaria, Azerbaijan, Filipina, Romania, Turki, Arab Saudi dan Korea Selatan telah menyatakan minat untuk menyertai proses pemindahan banduan selepas Rang Undang-Undang Pemindahan Antarabangsa Banduan diluluskan pada 2012.

"Pindaan terhadap beberapa perkara di dalam Akta Penjara itu akan dibahaskan pada sesi Dewan Negara yang sedang berlangsung dan kita yakin ia akan diluluskan secara sebulat suara atas kepentingan negara.

"Setelah diluluskan dan ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong, pihak Jabatan Penjara akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara bagi merangka dokumen perjanjian pemindahan yang mungkin mengambil sedikit masa untuk dimuktamadkan," katanya pada sidang media selepas menutup mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Penjara di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar.

Wan Junaidi berkata, pemindahan banduan antarabangsa hanya boleh dilaksanakan dengan negara-negara yang mempunyai undang-undang yang sama atau boleh diselaraskan dengan undang-undang yang dilaksanakan di negara ini.

Beliau berkata, terdapat lebih 100 negara mempunyai persamaaan undang-undang yang membolehkan pemindahan banduan dengan Malaysia dilakukan.

Ketika ini terdapat kira-kira 2,000 banduan negara luar yang berada di penjara di Malaysia layak untuk mendapat pemindahan, katanya.

Wan Junaidi berkata, syarat utama seseorang banduan mendapat pemindahan ialah tempoh akhir pemenjaraan mestilah tidak kurang daripada enam bulan, tidak berada dalam proses rayuan dan bukan banduan yang menunggu hukuman mati.

Beliau turut memaklumkan terdapat lebih 1,700 rakyat Malaysia berada di penjara di beberapa negara ketika ini.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan