Tiada Larangan Pakai Simbol Agama Di Sekolah - Jabatan Pendidikan Sabah

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 11:54 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah tidak pernah mengharamkan seseorang daripada memakai simbol agama di sekolah-sekolah, kata pengarahnya, Datuk Jame Alip.

Jame berkata larangan itu, yang didakwa dikenakan di sekolah di kawasan pedalaman Sabah, adalah tidak benar.

"Pelajar boleh memakai salib atau simbol-simbol agama lain ke sekolah, dengan syarat ia tidak terlalu besar atau bermaksud 'aksesori', " katanya, Isnin.

Jame berkata demikian sebagai maklum balas terhadap aduan oleh ibu bapa yang menyatakan bahawa anaknya terpaksa meminta kebenaran untuk memakai salib ke sekolah, atau menghadapi tindakan disiplin.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan dalam satu kenyataan lewat Isnin berkata sekolah itu tidak pernah mengharamkan sesiapa sahaja daripada memakai simbol-simbol agama di sekolah.

Walau bagaimanapun, ibu bapa dikehendaki memaklumkan kepada sekolah dan mengisi beberapa borang untuk membolehkan pelajar memakai simbol agama termasuk salib ke sekolah.

Pengetua itu berkata ini bagi mengelakkan pelajar daripada menyalahgunakan keistimewaan dan untuk memastikan bahawa tiada pertikaian di dalam sekolah mengenai perkara itu.

Katanya, pelajar yang ingin memakai simbol agama ketika di sekolah hanya atas alasan agama kemudiannya akan dikeluarkan kad kelulusan.

Jelasnya, ia bagi membendung peningkatan insiden pelajar memakai rantai dan lain-lain aksesori di sekolah atas sebab-sebab selain alasan keagamaan.

Pengetua menjelaskan bahawa dakwaan oleh pelajar bahawa mereka akan dirotan atau digantung kelas jika mereka tidak mematuhi peraturan juga tidak benar.
Tags / Kata Kunci: salib , simbol agama , Datuk Jame Alip

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan