Kerajaan Yakin Capai Sasaran Defisit Hasil Mansuh Subsidi Minyak

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan yakin mampu mencapai sasaran defisit sebanyak 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini berikutan pelaksanaan langkah pengapungan terkawal bagi petrol RON95 dan diesel.

Ketika menyuarakan keyakinan itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, berkata ia berdasarkan kepada hasil cukai dan bahan api yang diterima kerajaan.

"Kita perlu melihat kedudukan kewangan secara keseluruhannya dari segi pendapatan cukai minyak serta gas yang kami terima," katanya kepada wartawan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Unjuran Ekonomi Kebangsaan (NEOC) di sini, Selasa.

Pada 2013, defisit Malaysia adalah 3.9 peratus daripada KDNK.

Kerajaan mula menguatkuasakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai Isnin.

Ahmad Husni berkata, kadar inflasi dijangka meningkat tahun depan berbanding 3.3 peratus tahun ini biarpun berdepan penurunan harga minyak mentah.

Bagi tempoh lapan bulan pertama 2014, kadar inflasi Malaysia meningkat lebih tiga peratus, namun inflasi turun sedikit pada September dan Oktober masing-masing pada 2.6 peratus dan 2.8 peratus.

Harga minyak mentah pada masa ini adalah US$70 setong.

"Berdasarkan unjuran kami jika mengambil kira pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) tahun depan, kadar inflasi akan meningkat," katanya.

Beliau turut menyifatkan sambutan syarikat terhadap CBP sebagai menggalakkan berdasarkan bilangan perniagaan yang mendaftar.

"Setakat semalam (1 Dis), kami menerima pendaftaran 176,413 syarikat yang jauh mengatasi sasaran awal kerajaan sebanyak 123,000.

"Secara purata, kami menerima lebih 2,600 pendaftaran sehari dan jika trend ini berterusan, lebih 200,000 pendaftaran syarikat dapat dilakukan menjelang akhir tahun ini," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Husni berkata kerajaan sememangnya maklum pemberian subsidi tidak memanfaatkan golongan yang paling memerlukannya kerana hanya 24 peratus keseluruhan subsidi itu diterima rakyat Malaysia manakala selebihnya dinikmati terutamanya sektor perniagaan.

"Subsidi ini sememangnya tidak adil bagi golongan miskin," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata, jika semuanya secara adil, setiap isi rumah, tanpa mengira pendapatan mereka, menerima subsidi sebanyak RM625 setahun bagi elektrik dan RM885 untuk minyak.

"Namun, hakikatnya, ternyata isi rumah yang berpendapatan tinggi yang lebih menikmati kedua-dua subsidi ini dengan menerima 80 peratus subsidi berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Profesor Emeritus Dr Zakariah Abdul Rashid menyifatkan pertumbuhan KDNK Malaysia kekal kukuh pada 5.9 peratus tahun ini dipacu sumbangan sektor swasta dan pelaburan.

Bagaimanapun bagi tahun depan, beliau mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.0 hingga 5.5 peratus yang dijana permintaan luar.

Mengenai kedudukan ringgit, Zakiah berkata kelemahan unit tempatan itu beserta mata wang lain rantau ini akan berterusan selagi pengukuhan dolar US.


Tags / Kata Kunci: Subsidi Minyak , Defisit

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan