Jalan Kuala Slim Ditutup Kepada Kenderaan Berat Ekoran Tanah Runtuh

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 12:10 PM

Sebahagian daripada Jalan Kuala Slim yang mengalami tanah runtuh.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jalan Kuala Slim ke Felda Besout serta kawasan di sempadan negeri Selangor, dekat Slim River ditutup kepada kenderaan berat ekoran kejadian tanah runtuh di Batu 4, Kuala Slim malam Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zain Mohd Saedin berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 8.23 malam tadi dan setakat ini keadaan di kawasan kejadian tidak berubah.

"Pemantauan pagi ini mendapati pergerakan tanah tidak lagi berlaku namun situasi itu masih bahaya, bahagian tepi laluan masih ada keretakan tanah dan ia boleh merebak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Beliau berkata pihaknya juga mendapati ada paip air pecah di bahagian bawah tepi laluan itu kerana air masih keluar.

Kawasan yang terjejas adalah sepanjang 34 meter, selebar lapan meter dan tanah menggelungsur ke bawah sedalam 45 meter, katanya.

Pemantauan di kawasan kejadian masih dilakukan oleh pihaknya, anggota Jabatan Sukarelawan, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kerja Raya (JKR), katanya.

Md Zain berkata laluan itu akan dibuka selepas JKR mengambil tindakan membaikinya dan memastikan ia selamat untuk digunakan kepada semua kenderaan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan