Pengguna Internet Kecam Gimik Twitter "Budak Hilang"

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 9:36 PM

Gambar 'screenshot' gimik twitter mengenai kehilangan seorang budak lelaki.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu "iklan" kehilangan seorang kanak-kanak, di Twitter membangkitkan kemarahan pengguna Internet yang telah diulang tweet atau 'retweet' perkara itu lebih 6,000 kali bagi mengesan budak berusia tiga tahun itu.

Pengumuman itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada "kempen pemasaran" untuk sebuah filem pendek, kata individu yang menulis kenyataan itu di twitter, "Hak Long" ketika dihubungi The Star Online.

Kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun twitter @FindHangHang tersebar secara meluas selepas ia dimuat naik buat pertama kali pada tengah hari Isnin dengan mesej: "Tolong cari anak lelaki saya. Dia berumur tiga tahun, hilang sejak semalam. Dia pakai kemeja biru ketika hilang. Mohon untuk retweet."

Kenyataan itu mendapat maklum balas dengan 6,700 retweet menjelang pukul 8 malam.

Satu kenyataan yang berkaitan dimuat naik di twitter berkata: "Sudah cetak risalah untuk diedarkan, dan saya ada sekumpulan pelajar yang bantu saya untuk melakukannya. Tolong cari anak lelaki saya."

Satu lagi kenyataan tweet dengan hashtag #HaveYouSeenHangHang #HYSHH berkata, budak lelaki itu "dilihat kali terakhir di Woodlands".

Bagaimanapun, hanya pada kira-kira pukul 8.30 malam, individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dengan menyatakan: Akaun ini untuk projek sekolah. Kami tidak lihat tweet kami boleh meraih perhatian sebanyak ini. Kami mohon maaf setulus hati!.

Hak Long turut berkata, "Hai semua, keadaan ini nampaknya tidak terkawal, kami tahu kami perlu memberi penjelasan dan memohon maaf kepada semua. Akaun ini dibuat untuk projek sekolah di mana kami perlu memilih satu filem untuk tayangan dan kami memilih "Pizza" sebagai filem kami, sebuah filem yang diadaptasi daripada kisah benar mengenai seorang budak lelaki yang hilang dan ditemui dibunuh dengan kejam beberapa tahun yang lalu.

"Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana telah membangkitkan ketegangan dan kemarahan semua yang begitu prihatin untuk membantu mencari Hang Hang. Tujuan utama kami adalah sekadar untuk mempromosikan filem kami dengan cara yang paling realistik dan menarik perhatian.

"Namun kami menyedari cara ini gagal untuk menegaskan bahawa terdapat satu tayangan filem."

Pun begitu, kesilapan telah pun dilakukan. Beberapa pengguna Internet memberi reaksi berhubung perkara itu.

"@FindHangHang saya hanya hendak beritahu awak bahawa orang ramai akan tidak percaya lagi tentang kempen mencari orang hilang pada masa akan datang," kata @farraonetic.

"Ia benar-benar memberikan satu tanggapan yang salah dan tidak adil untuk kanak-kanak yang sebenarnya hilang sebelum ini, dan kesengsaraan ibu bapa mereka," kata @jayjaydenis.

@Iftan98 berkata: "tak lucu, tolong siarkan nama syarikat di sebalik hal ini, yang mempermainkan kemurahan hati orang ramai.

@mymiszelle: "Satu gimik pemasaran oleh @FindHangHang? Suka mengambil kesempatan tanpa memikirkan tentang penyalahgunaan media sosial. Perkara ini bukan satu bahan ketawa."

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan