Pesawat Ringan Terbabas Ketika Lakukan Pendaratan

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 9:24 PM

Pesawat jenis Pipper 9M-NRS.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seorang juruterbang pelatih terselamat apabila pesawat ringan digunakan untuk latihan penerbangan terbabas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini, Isnin.

Pengurus LTSIP, Ramzi Ahmad, berkata dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu, juruterbang berusia 37 tahun, yang mengendalikan pesawat jenis Pipper 9M-NRS, itu mengalami kecederaan ringan.

"Pesawat itu mengalami kerosakan dan juruterbang berkenaan dilaporkan selamat namun kita akan serahkan kes ini kepada pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk tindakan susulan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya semasa mendarat, pesawat berkenaan dipercayai terbabas ke kawasan rumput di tepi landasan.

Ramzi berkata, operasi penerbangan di lapangan terbang itu diteruskan seperti biasa selepas pesawat ringan itu dialihkan daripada lokasi kejadian kira-kira dua jam selepas kejadian itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan