Pastikan Pemilihan Majlis Peguam Bersih

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 9:21 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Peguam digesa supaya memastikan proses pemilihan badan itu dilakukan dengan adil dan telus berikutan tarikh akhir untuk mengemukakan kertas undinya adalah pada Ahad.

Beberapa peguam yang prihatin mengenai isu itu berkata, Majlis Peguam perlu mengambil iktibar daripada gesaan mereka sendiri kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya melakukan transformasi dalam proses pilihan raya.

Menurut mereka, adalah memalukan bahawa Majlis Peguam masih belum melakukan pembaharuan proses pemilihan mereka, tetapi bertindak aktif menyokong permintaan kumpulan Bersih demi pilihan raya yang bebas dan adil.

Peguam Manjeet Singh Dhillon menggesa supaya sistem pengundian yang lebih berkesan dan telus di lakukan Majlis Peguam.

"Sistem sedia ada tidak teratur dan terbuka kepada pelbagai persoalan kerana tidak ada mekanisme tertentu khususnya pengendalian kertas undi.

"Ada beberapa kes sebelum ini apabila anggota majlis mengumpul kertas undi daripada peguam dan membawanya pulang ke Kuala Lumpur. Itu adalah salah sama sekali," kata Manjeet sambil menambah bahawa beliau telah mencabar proses itu di mahkamah sebelum ini.

Katanya, sebagai pengamal undang-undang, profesion itu melibatkan tugas mereka untuk bersuara dan mempertahankan hak orang lain jadi proses pengundian dalam Majlis Peguam seharusnya telus tanpa sebarang pertikaian.

"Kami juga melihat beberapa peguam kanan yang terlibat dalam proses pengiraan. Ini juga isu yang perlu dijawab," katanya.

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Majlis Peguam dan Bersih mengutuk SPR kerana tidak menghapuskan pengundian pos dengan mendakwa proses itu terbuka kepada penyalahgunaan.

"Tetapi Majlis Peguam sendiri masih menggunakan proses pengundian pos, dan saya percaya daftar pemilih mereka juga tidak dibersihkan dengan konsisten," katanya.

Tags / Kata Kunci: Majlis Peguam

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan