Pas Sempadan Format Buku Dilancar Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 9:54 AM

Pas Sempadan baharu yang akan dilancarkan Menteri Dalam Negeri sempena Hari Imigresen pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pas sempadan untuk kegunaan rakyat Malaysia yang berulang alik ke Thailand dilancarkan dalam format baharu berbentuk buku pada Isnin.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena sambutan Hari Imigresen 2014 di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya. Acara itu disertai Ketua Pengarah Imigresen yang baharu, Datuk Mustafa Ibrahim.

Mstar Online dalam laporan eksklusifnya pada Ogos lalu menyiarkan tentang pengeluaran pas sempadan Malaysia-Thailand dalam bentuk buku yang lebih berkualiti dan menyerupai pasport Malaysia, dijangka bermula September.

Dokumen perjalanan terhad ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi setahun di negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan daerah Hulu Perak.

Bayaran yang dikenakan sebanyak RM10 dan tempoh sah laku selama setahun.

Pas sempadan sebelum ini dikeluarkan dalam bentuk sekeping kertas, yang mudah rosak akibat dilipat atau terkena air.

Jika pasport Malaysia yang merupakan dokumen perjalanan antarabangsa berwarna merah, pas sempadan baru ini pula akan berwarna biru.

Ahmad Zahid (kanan) menunjukkan pas sempadannya pada Sambutan Hari Imigresen 2014 di Putrajaya. Turut serta Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim (kiri). Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR

Di kulit hadapan pas ini juga akan menyerupai seperti pasport, mempunyai lambang Jata Negara dengan perkataan “Malaysia” selain tertulis perkataan “Pas Sempadan” berwarna emas.

Mstar Online melaporkan bahawa penggunaan buku pas sempadan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti dan ciri keselamatan dokumen perjalanan sementara selain memudahkan pemeriksaan imigresen di pintu masuk sempadan.

Pembaharuan pada pas sempadan baharu ini turut dilengkapi dengan muka surat depannya mempunyai nombor bercirikan ‘Machine Readable Zone’ (MRZ) di mana ia tidak boleh dijadikan pendua (duplicate) untuk pemohon lain.

Ciri MRZ digunakan oleh kebanyakan pasport antarabangsa untuk pemeriksaan maklumat peribadi yang mengikut standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Selain pelancaran buku pas sempadan, Hari Imigresen 2014 yang disambut pada 1 Disember akan menyaksikan pelbagai aktiviti seperti hari bertemu pelanggan, karnival kerjaya dan pameran oleh vendor-vendor yang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen.

Antara lain ialah persembahan pancaragam, kawad senyap termasuk pertunjukan daripada Pasukan Kawalan Khas (PKK) dan Grup Taktikal Khas (GTK) Imigresen.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan