14 Kertas Siasatan Dibuka Berhubung Penyebaran Fitnah Di Laman Sosial

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 3:44 PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara diberitahu bahawa polis membuka 14 kertas siasatan berkaitan kesalahan penyebaran fitnah di laman sosial dan siber, pada tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, daripada jumlah itu lima kes masih dalam siasatan dan dua kes telah didakwa di mahkamah.

"Bagi kes yang dituduh di mahkamah, satu kes masih dalam perbicaraan dengan diberi jamin RM4,000 dan satu kes telah dijatuhkan hukuman denda RM10,500 pada 20 November 2014," katanya menjawab soalan Senator Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam di sini, Isnin.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Senator Datuk Adam Abdul Hamid mengenai keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), Wan Junaidi berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa kawasan itu selamat.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti membekalkan peralatan canggih kepada anggota-anggota keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Menjawab soalan asal Datuk Chin Su Phin, Wan Junaidi berkata, 10,969 rakyat Sabah berkhidmat dengan pasukan polis sehingga Oktober lepas.

Daripada jumlah itu, 826 orang merupakan pegawai kanan polis, 9,064 pegawai rendah dan 1,079 lagi kakitangan awam, katanya.

"PDRM sentiasa mengalu-galukan penyertaan kaum lain untuk menyertai pasukan itu oleh kerana tugas untuk mempertahankan keselamatan negara merupakan tanggungjawab kolektif seluruh rakyat," katanya.


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan