Azmin Akui Kerajaan Selangor Gagal Tunai Manifesto

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pada Isnin mengakui bahawa kerajaan negeri belum menunaikan manifesto pilihan raya umum (PRU) lepas berhubung tawaran Biasiswa Menteri Besar.

Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibawa kepada Jabatan Perbendaharaan negeri untuk dibincang dan diperhalusi tatacara pelaksanaannya.

"Tiada mekanisme dirangka bagi program biasiswa ini sehingga sekarang.

"Perkara ini sepatutnya perlu dibawa ke dalam perbincangan Jabatan Perbendaharaan negeri supaya apa yang kita janjikan dapat ditunaikan bergantung kepada kedudukan kewangan.

"Namun, perkara ini tidak berlaku walaupun ia sebahagian daripada manifesto kita, menyebabkan sehingga hari ini tidak ada satu pun peruntukan jelas, tatacara atau mekanisme untuk melaksanakannya," katanya ketika menjawab soalan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.

Yeo bertanya mengenai status Biasiswa Menteri Besar kepada rakyat Selangor yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU lepas.

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika melancarkan manifesto Pakatan Rakyat bagi PRU ke-13 dilaporkan berkata biasiswa itu akan diberikan kepada pelajar ijazah lanjutan dengan bon kerajaan negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor.

Sementara itu, Mohd Shafie Ngah (PAS-Bangi) meminta kerajaan Selangor menyediakan tapak bagi membangunkan masjid berkonsepkan seni bina dan budaya Cina pertama di negeri ini.

"Cadangan pembinaan ini adalah berdasarkan kepada permintaan Persatuan Muslim Cina Malaysia yang mahu sebuah masjid dengan seni bina berkonsepkan budaya Cina.

"Ia juga perlu bagi mengelak salah faham pihak tertentu bahawa Islam itu bagi kaum Melayu sahaja," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2015 peringkat Jabatan Agama Islam Selangor pada sidang DUN Selangor itu.

Mohd Shafie berkata, negeri Melaka, Johor, Perak dan Kelantan telahpun mendirikan masjid berkonsepkan seni bina dan budaya Cina dan sebuah masjid seumpama itu perlu dibina di Selangor bagi menampung permintaan 20,000 masyarakat Cina Muslim di negeri ini. 

Tags / Kata Kunci: manifesto , Selangor , biasiswa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan