Anwar Batal Ceramah Di Bangkok

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 9:43 PM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan kehadirannya di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di sini minggu ini atas nasihat peguamnya.  

Anwar tidak akan ke Bangkok minggu ini, oleh itu acara pada 3 Disember dibatalkan, umum FCCT pada Isnin.

Kelab itu menyatakan pasukan peguam Anwar menasihati beliau bahawa memandangkan kedudukan kes perundangan terhadapnya sekarang, beliau tidak wajar melawat ke luar negara dalam masa terdekat ini. 

Anwar sepatutnya hadir di FCCT pada Rabu ini (3 Disember).

Dalam notis awal kepada para anggotanya, FCCT berkata Anwar "akan menyampaikan ceramah mengenai usahanya mendepani kes-kes mahkamah yang nampaknya

berlarutan terhadapnya".

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan