BN Selangor Ulangi Pendirian Tolak RM200,000 Atas Dasar Prinsip

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 5:54 PM

Shamsudin Lias.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias mengulangi pendirian bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional tidak akan menerima peruntukan RM200,000 setahun daripada kerajaan negeri atas dasar prinsip keadilan.

"Jika kerajaan negeri mahu menyalurkan peruntukan kepada rakyat, mereka boleh melakukannya sendiri," kata Shamsudin kepada pemberita di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Beliau menambah, peruntukan itu seharusnya disalurkan secara adil, dan Adun BN juga sepatutnya menerima peruntukan RM700,000 setahun sebagaimana yang diberikan kepada setiap Adun Pakatan Rakyat.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2015 berjumlah RM2.4 bilion pada minggu lalu mengumumkan peruntukan RM200,000 setahun itu kepada setiap ADUN BN, mulai tahun hadapan bagi membolehkan mereka melaksanakan program mesra rakyat.

Bagaimanapun, Adun Pakatan Rakyat akan menerima RM700,000 untuk membantu mereka memberi khidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Shamsudin berkata, Kerajaan Persekutuan sudah memberikan peruntukan yang banyak kepada rakyat dari segi perumahan, peruntukan kewangan dan lain-lain.

"Apa yang kita perlu lakukan adalah berjumpa dengan rakyat dan beritahu mereka bahawa semua ini daripada Kerajaan Persekutuan," katanya.



Tags / Kata Kunci: Datuk Shamsudin Lias

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan