Tiada Unsur Penipuan Pemilihan Anggota Parlimen Belia - Khairy

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 9:27 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan Kementerian Belia dan Sukan mendapati tidak wujud unsur penipuan dalam pemilihan anggota Parlimen Belia Malaysia (PBM) seperti didakwa.  

Menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga mendapati tiada bukti (penipuan), mahupun laporan polis dibuat mengenai dakwaan tersebut. 

"Pemilihan secara keseluruhannya dikendalikan secara (dalam) talian malah telah mendapat sijil audit antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan 110 anggota PBM di sini, Ahad.

Sebelum ini terdapat laporan mendakwa wujud unsur penipuan dalam sistem pemilihan PBM sehingga proses penamaan calon dan pengundian terpaksa ditangguhkan.

Parlimen Belia merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua tahun lepas.

Ia bertujuan antara lain melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang.  

Khairy berkata, 10 Januari dipilih sebagai tarikh bersidang untuk anggota PBM di Dewan Rakyat selama lima hari dan sesi ini akan diadakan tiga kali setahun. 

Jelasnya, selain persidangan, anggota PBM juga akan mengadakan program luar di negeri masing-masing bergantung pada jawatankuasa yang dipilih seperti pendidikan, sosial dan sebagainya. 

PBM keseluruhannya akan mempunyai 135 anggota termasuk 15 menerusi lantikan khas, terdiri daripada wanita dan kumpulan etnik dan orang kurang upaya.

Tags / Kata Kunci: Parlimen Belia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan