PAU 2014: Yayasan Tabung PIBG Ditubuh, Dana Permulaan RM200 Juta Diharapkan

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 8:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat memperuntukkan sebanyak RM200 juta sebagai dana permulaan kepada Yayasan Tabung Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Nasional bagi disalurkan kepada sekolah-sekolah.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu bersetuju menubuhkan Yayasan Tabung PIBG Nasional namun pihaknya memerlukan dana daripada kerajaan.

Menurutnya Menteri Pendidikan itu, keputusan mengenai penubuhan yayasan itu dibuat selepas pimpinan Umno mengambil kira saranan beberapa wakil pembahahas ketika membahaskan usul pendidikan.

"Saya ingin maklumkan berita baik bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah bersetuju untuk menubuhkan Yayasan Tabung PIBG Nasional.

"Keputusan dibuat selepas berbincang dengan Perdana Menteri pagi tadi di atas saranan beberapa wakil tentang perlunya kita beri sokongan kepada usaha-usaha yang dibuat oleh PIBG di sekolah-sekolah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2014 (PAU 2014) di sini, Sabtu.

Muhyiddin memberitahu, pendidikan bukan sahaja dilihat sebagai aspek paling penting oleh kerajaan dengan pemberian peruntukan paling tinggi tetapi turut dianggap penting oleh perwakilan.

Ini dapat dilihat apabila daripada 658 usul yang dibahaskan pada PAU 2014, sebanyak 121 daripadanya (20 peratus) adalah berkaitan pendidikan.

Justeru itu katanya, beliau dan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh telah mengemukakan idea penubuhan yayasan tersebut.

Mengulas lanjut, jelas beliau, yayasan tersebut tidak dapat digerakkan sekiranya tiada dana dan oleh itu kerajaan diharap dapat memperuntukkan sebanyak RM200 juta.

"Saya kata umum saja tak memadai, kita perlukan satu dana permulaan dan beliau (Najib) kata boleh usahakan.

"Saya harap tak kurang RM200 juta sebagai dana permulaan," katanya.

Beliau berkata, sebahagian daripada dana akan diusahakan menerusi sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta dan ia akan diagihkan ke seluruh sekolah terutama ke sekolah luar bandar dan pedalaman.


Tags / Kata Kunci: PIBG , Pendidikan , Perhimpunan Agung Umno

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan