PAU 2014: Keterbukaan Umno Pikat Nurhidayah

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 12:30 AM

Siti Nurhidayah melibatkan diri dalam Umno selepas terpikat dengan keterbukaan parti itu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun usianya baru setahun jagung dan pengalaman dalam politik masih mentah, ia tidak menghalang gadis kecil molek ini untuk menceburi bidang yang penuh berliku.

Bagi Siti Nurhidayah Mohd Firdaus, pengetahuannya mengenai perjalanan politik negara mungkin cetek, tapi dia yakin penglibatan dan suara generasi muda sepertinya diperlukan sebagai pewaris kepimpinan masa depan.

Justeru menurut gadis berusia 22 tahun itu, dia tertarik dengan keterbukaan Umno, khususnya mengenai peluang yang diberikan parti itu kepada golongan muda sepertinya.

"Saya tertarik dengan Umno khususnya Puteri kerana mereka lebih dekat dengan belia. Golongan seperti kami diberi peluang untuk bersuara dan memberi pendapat.

"Walaupun masih muda, suara kami sentiasa didengari dan hak-hak kami diperjuangkan," katanya yang menganggotai Pergerakan Puteri Umno Bahagian Johor Baharu.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran Sekretariat Mahasiswi Nasional (Swinas) di Perhimpunan Agung Umno 2014, graduan jurusan undang-undang University of Tasmania itu optimis proses peremajaan Umno adalah pendekatan terbaik bagi memastikan kelangsungan politik parti itu yang kini berusia 68 tahun.

"Saya mula mengenali Umno ketika menyertai program Kelab Umno Luar Negara di Tasmania. Dari situ kami didedahkan dengan pelbagai maklumat dan yang paling penting idea-idea kami sentiasa diterima dengan baik.

"Malah pengenalan program latihan amali seperti Felo Perdana dan Mahasiswa Turun Parlimen adalah cukup bermakna khususnya bagi mendedahkan golongan muda dalam sistem pentadbiran," ceritanya dengan penuh bersemangat.

Bercerita tentang pengalaman pertama kali menghadiri perhimpunan parti orang Melayu terbesar ini, Nurhidayah melahirkan keterujaannya khususnya apabila melihat semangat pejuang-pejuang Umno daripada genersi pertama dan kedua.

Katanya, kesungguhan ahli-ahli Umno daripada setiap lapisan masyarakat mengikuti perbahasan amat dikagumi.

"Sangat teruja tengok makcik-makcik begitu bersemangat mendengar hujah dengan bersungguh-sungguh. Walau hanya duduk bersila dan menonton perbahasan melalui skrin, mereka tetap setia.

"Semangat seperti inilah yang saya kagumi dengan Umno dan membuatkan anak muda seperti saya mahu turut serta berjuang dengan parti ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan