30,000 Guru Diperlukan Untuk Perluas Pengajaran Bahasa Ketiga Di Sekolah - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Sebanyak 30,000 guru diperlukan jika pengajaran bahasa ketiga termasuk bahasa asing ingin diperluas di semua sekolah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata kementeriannya sememangnya mempunyai dasar berhubung pengajaran bahasa ketiga antaranya bahasa Arab, Cina, Tamil, Perancis dan Sepanyol di sekolah tertentu, namun bilangan pelajar yang terlibat adalah kecil.

"Ini satu usaha untuk membolehkan lebih ramai anak Melayu tahu apa yang dibicarakan oleh rakan mereka daripada anak Cina dan Tamil.

"Tapi kalau nak ajar di semua sekolah, saya perlu lantik 30,000 guru kerana terdapat 10,000 sekolah di seluruh negara dan jika setiap sekolah mempunyai tiga guru bahasa ketiga, maka 30,000 orang guru diperlukan... jumlahnya amat besar.

"Tapi dengan sokongan perwakilan sekalian, jawatan baharu itu akan dapat diwujudkan dan seterusnya memudahkan pelaksanaan dasar ini," katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014, di Pusat Dagangan Dunia Putra, yang berakhir Sabtu.

Mengulas tentang laporan bahawa ramai pelajar sekolah tidak mampu bertutur bahasa Melayu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau telah mengarahkan kajian menyeluruh terhadap kurikulum dan guru dijalankan segera bagi mengatasi masalah itu.

"Kajian ini meliputi jadual waktu pembelajaran, kandungan kurikulum, bentuk peperiksaan supaya dalam satu tempoh yang munasabah kita dapat meningkatkan kualiti bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan," katanya.

Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong yang memetik hasil kajian pada 2010 bahawa 604 peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berbangsa Cina dan India tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.



Tags / Kata Kunci: bahasa ketiga , Muhyiddin Yassin , Umno , guru

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan