PAU 2014: Saya Tak Desak Kekalkan Akta Hasutan - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 6:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dibuat atas desakannya.

Muhyiddin berkata, sebagai timbalan presiden, beliau bertanggungjawab memberitahu presiden Umno tentang keadaan sebenar mengenai isu tersebut.

"Apa yang saya katakan itu bukan desakan, itu peranan timbalan yang bertanggungjawab.

"Timbalan bertanggungjawab untuk mengemukakan apa saja yang saya dapat, hasil daripada penemuan dan perbincangan dengan banyak pihak supaya presiden dapat tahu kedudukan sebenarnya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan timbalan presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas ada dakwaan bahawa pengumuman Najib, yang juga perdana menteri untuk mengekalkan Akta Hasutan ketika menyampaikan ucapan dasarnya, Khamis, dibuat selepas didesak Muhyiddin.

Muhyiddin yang mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Najib di atas keputusan itu dalam ucapannya berkata beliau berharap akta itu akan dikuatkuasakan dalam tempoh terdekat.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , Akta Hasutan , desakan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan