PAU 2014: Tabung Pelajar MRSM Hilang Ayah Dilancar Ansara

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 3:03 PM

Ahli Majlis Tertinggi merangkap Presiden Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (Ansara), Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (depan, dua kiri) menerima cek daripada Presiden Old Putera Association (OPA), Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor (depan, tiga kanan) selepas melancarkan Tabung Noor Aisyah Syahira pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara) pada Sabtu menubuhkan 'Tabung Noor Aisyah Syahira' untuk membantu remaja, Noor Aisyah Syahira Alfian, 16, yang kehilangan bapanya dalam kemalangan jalan raya pada 14 Nov lepas.

Presiden Ansara Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tabung itu diwujudkan bagi meringankan beban pelajar tingkatan empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghaffar Baba, Melaka itu.

Dalam kejadian 14 Nov lepas, bapa remaja berkenaan, Alfian Saarani, 42, yang dalam perjalanan ke Jasin dari Rawang, maut dalam kemalangan di Km287, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala selatan berdekatan Hentian Sebelah Nilai. Nilai, Negeri Sembilan.

Kereta Proton Iswara yang dipandu bapa remaja itu dirempuh sebuah kereta Honda City dari arah belakang.

Ibu remaja itu, Saniah Sabri, 41, dan dua lagi adiknya Noor Aishah Natasha, 11, dan Azrin Shairie, 12, turut cedera parah.

"Ansara mengambil inisiatif menubuhkan tabung ini dengan harapan ia dapat meringankan sedikit beban kewangan yang ditanggung keluarga adik Noor Aisyah Syahira," kata Mukhriz dalam sidang media pelancaran tabung itu di Pusat Dangangan Dunia Putra di sini.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata pihaknya akan berbincang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk memberi bantuan sokongan dan kaunseling kepada remaja itu.

Dalam majlis pelancaran tabung itu, Ansara turut mengumumkan sumbangan RM10,000 dan RM8,000 daripada Old Putera Association (OPA) yang disampaikan oleh presidennya, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah juga akan menggunakan pentas Perhimpunan Agung Umno 2014 untuk menambah sumbangan.

Orang ramai dan pihak yang ingin menyumbang boleh membuat sumbangan melalui cek di atas nama Ansara atau sumbangan terus ke akaun Maybank 564829050693.

Tags / Kata Kunci: Ansara , Umno

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan