PAU 2014: Tubuh Suruhanjaya Kaji Sekolah Vernakular, Pondok & Agama - Perwakilan Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 1:03 PM

Najib (tengah) bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ceria ketika sesi fotografi bersama perwakilan Umno Luar Negara dan pelajar universiti di Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menilai keberkesanan sekolah vernakular, pondok dan agama dalam melaksanakan agenda nasional, kata perwakilan Umno Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar  berkata, saranan itu diketengahkan kerana wujud kepincangan dalam pelaksanaan sekolah berkenaan terutamanya dalam memartabatkan agenda bangsa.

“Isu sekolah pelbagai aliran tidak memeningkan kita tetapi apakah sekolah-sekolah ini menghayati agenda nasional?,” soalnya ketika membahaskan usul agama pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Jelas beliau, kajian yang dilakukan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati seramai 604 pelajar kaum Cina dan India yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.

“Ini mengejutkan dan mengecewakan kita. Ini menunjukkan wujud kepincangan serius dalam pelaksanaan sekolah vernakular, terutama dalam memartabatkan agenda bahasa kebangsaan. Bahasa jiwa bangsa, hilang jiwa hilanglah bangsa,” katanya.

Wan Abdul berkata, kepincangan tersebut merupakan antara punca yang dikhuatiri menyebabkan hilang rasa hormat dan toleransi kaum di negara ini.

Beliau yang turut kesal dengan gelagat seorang ahli Parlimen pembangkang baru-baru ini yang tidak tahu tarikh sambutan kemerdekaan negara dan Hari Malaysia.

“Kita bangkitkan perkara ini kerana sedih dengan apa yang berlaku. Seolah-olah hilang semangat patriotiknya. Kalau seorang wakil rakyat tak tahu fakta terpenting dalam sejarah negara, bagaimana pula dengan rakyat yang menyokong beliau?,” soalnya.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan