PAU 2014: Jumlah Daftar Pemilih, Perbezaan Kaum & Agama Membimbangkan Umno - Shafie

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 7:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah daftar pemilih dan perbezaan kaum serta agama di negara ini digariskan sebagai perkara yang paling membimbangkan Umno yang harus ditangani segera, kata Datuk Seri Shafie Apdal.

Naib Presiden Umno itu berkata, daftar pemilih sangat penting untuk memastikan survival parti dan bangsa Melayu, begitu juga cara kerajaan dan parti mengurus serta menangani isu perbezaan kaum dan agama di negara ini.

"Gagal kita menterjemahkannya jumlah (daftar pemilih) yang mencukupi untuk membolehkan kita menang pilihan raya maka gagallah kita untuk kekalkan kuasa.

"Dalam menangani dan mengurus perbezaan dalam negara  membimbangkan kita. Beberapa isu yang timbul boleh menghakis kekuatan Barisan Nasional dan perpaduan bangsa yang pelbagai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan naib presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014 (PAU 2014) di sini, Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai daftar pemilih terkini,  Shafie yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendaftaran Ahli dan Daftar Pemilih berkata, pangkalan data ketika ini menunjukkan angka yang membimbangkan.

Malahan, katanya, masalah yang sama turut dihadapi oleh parti-parti komponen BN yang lain.

Jelasnya, dari Jun 2013 hingga September 2014, Umno mencatatkan jumlah pendaftar keahlian seramai 5,939, manakala MCA (256), MIC (266) dan Gerakan mencatatkan seramai 373 orang.

Angka tersebut katanya, adalah terkebelakang berbanding DAP yang mencatatkan jumlah 9,309 dalam tempoh yang sama.

Mengenai perbezaan kaum dan agama, beliau berkata, adalah penting untuk masyarakat majmuk di Malaysia saling hormat menghormati.

"Semangat surah Al-kafirun telah diterjemahkan dalam Perlembagaan dan ia perlu dipatuhi oleh semua," katanya.

Tags / Kata Kunci: daftar pemilih , Shafie Apdal , survival , Umno

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan