PAU 2104: Puteri Terkejut Ada Pihak Dalam BN Tentang Akta Hasutan

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 9:57 PM

Mas Ermieyati

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno mengingatkan Barisan Nasional (BN) supaya sedar akan keperluan Akta Hasutan 1948.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau terkejut dengan beberapa reaksi daripada pemimpin-pemimpin parti komponen BN di Twitter yang tidak tahu betapa pentingnya akta itu.

"Saya terkejut membaca beberapa tweet pemimpin-pemimpin parti komponen yang lain.

"Tidakkah mereka tahu betapa pentingnya akta itu?," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu.

Beliau juga mengingatkan ahli-ahli Puteri untuk menguasai dunia siber dan melawan tuduhan tidak berasas terhadap parti melalui gerakan 'Semut Api' sayap itu.

"Setiap dakwaan membimbangkan kita. Dakwaan tidak berasas dan jenayah siber amat berleluasa hari ini. Kami, tentera merah jambu ... juga akan menjadi tentera siber!

"Kami harus menggunakan dunia siber secara positif. Ramai perwakilan menyokong gerakan 'Semut Api' kami.

"Kami akan cuba memasuki setiap rumah di Malaysia untuk memastikan bahawa janji BN untuk menyatukan rakyat berjaya," katanya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Mengenai kebajikan terhadap isteri-isteri tentera, beliau mencadangkan supaya kerajaan mensyaratkan supaya 10 peratus daripada gaji suami diberikan kepada mereka.

"Jika ini berlaku, maka mereka adalah wira sejati Malaysia. Kami juga berharap Menteri Pertahanan juga akan memberikan 10 peratus daripada gaji kepada isterinya," selorohnya.

Tags / Kata Kunci: Mas Ermieyati , PAU 2014 , parti komponen

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan