Rakyat Bakal Nikmati Kesan Pengapungan Terkawal Bahan Api

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kaedah Pengapungan Terkawal bahan api dijangka memanfaatkan rakyat berikutan jangkaan trend harga minyak mentah dunia yang menurun sepanjang tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata kerajaan telah melakukan kajian kaedah Pengapungan Terkawal bagi memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya daripada penurunan harga minyak mentah dunia.

"Mekanisme ini terbukti melalui pengapungan terkawal produk RON97, yang mana harga runcit akan turun apabila harga minyak di pasaran turun dan begitu sebaliknya.

"Kerajaan menjangkakan trend menurun ini akan kekal stabil sepanjang tahun hadapan," katanya.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Dis dan kaedah itu menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), yang diguna pakai kerajaan sejak 1983 bagi penetapan harga runcit bahan api negara.

Hasan berkata secara umumnya, perubahan kos produk petroleum yang dipengaruhi oleh kadar pertukaran mata wang dan harga minyak mentah dunia akan mempengaruhi kaedah Pengapungan Terkawal, menyebabkan harga runcit petrol dan diesel berubah.

Dalam formula APM, subsidi dan cukai adalah dua pembolehubah yang mempengaruhi penetapan harga runcit RON95 dan diesel.

Buat masa sekarang, memandangkan kos produk petroleum adalah rendah maka kerajaan berpandangan elemen subsidi adalah tidak perlu.

"Namun, apabila harga kos produk petroleum meningkat pada masa akan datang, kerajaan akan membuat ketetapan baru mengenainya nanti," katanya.

Hasan menegaskan kerajaan akan mengikuti perkembangan kos produk petroleum dan kadar pertukaran matawang setiap masa.

Beliau berkata harga RON95 dan diesel akan disemak setiap bulan, yang mana purata kos produk petroleum sebulan pada bulan sebelumnya akan dijadikan rujukan dalam menentukan harga pada bulan berikutnya.

"Berdasarkan kepada trend harga minyak sekarang, adalah dijangkakan tiada banyak perubahan setiap bulan," katanya.

Hasan berkata kaedah Pengapungan Terkawal bertujuan menggalakkan penggunaan bahan api secara berkesan tanpa pembaziran, penetapan harga bahan api mengikut pasaran kos produk, menekankan elemen kestabilan harga dan mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Tags / Kata Kunci: Petrol , Diesel , KPDNKK

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan