PAU 2014: MB BN Diarah Segerakan Pembangunan Tanah Rizab Melayu

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 9:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya pindaan terhadap semua undang-undang berkaitan pembangunan tanah rizab Melayu dilakukan segera.

"Sekarang ini saya diberitahu bahawa ada kesukaran dari segi perundangan membabitkan Kod Tanah Negara dan enakmen negeri untuk mmbolehkan akses kepada pinjaman Islamik bagi memajukan tanah rizab Melayu.

"Jadi saya minta semua undang-undang yang perlu dibuat pindaan supaya tanah-tanah rizab ini dibangunkan dengan nilai yang menguntungkan pemiliknya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini, Sabtu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, jawatankuasa mengenainya telah ditubuhkan dan laporan berhubung isu berkenaan sudah disediakan.

Selain itu, Najib turut mengarahkan semua kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) supaya membangunkan tanah-tanah rizab Melayu demi kepentingan Melayu.

"Tanah rizab Melayu mesti kita pertahankan. Jadi saya minta semua menteri besar BN supaya pastikan tanah rizab itu kalau dibuka untuk pembangunan, diganti dengan yang lain.

"Tanah-tanah ini jangan jadi rizab sahaja, mesti dibangunkan. Kita tak boleh bangga dengan jumlah tanah, tapi pulangannya kepada pemilik tanah rizab Melayu," katanya.

Selain itu, mengulas mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April depan, Najib berharap isu berkenaan tidak dipolitikkan.

Katanya, melalui GST dan penjimatan daripada pemansuhan subsidi bahan api, kerajaan berupaya untuk membawa pembangunan yang lebih banyaj kepada masayarakat luar bandar.

"Kalau ada rezeki dan kalau ada peruntukan tambahan, saya ambil semangat daripada perhimpunan ini supaya peruntukan diberikan kepada kawasan luar bandar... ini mesti kita utamakan.

"Kita akan tambah lagi untuk bidang pendidikan dan perumahan," katanya.

Selain itu, mengenai Maqasid Syariah yang didokong oleh Umno, katanya, satu pasukan khas ditubuh dan dikendalikan oleh  Universiti Islam Antarabangsa (UIA), manakala Jabatan Kemajuan Islam Malayisa (Jakim) sebagai penyelaras.

Maqasid Syariah adalah indeks yang menilai sejauh mana negara ini memelihara agama, akal, keturunan, nyawa dan harta benda berlandaskan prinsip syariah untuk dijadian pegangan dan panduan.








Tags / Kata Kunci: Kod Tanah Negara , rizab Melayu , Umno , menteri besar , BN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan