RM4.6 Juta Untuk Bina Laluan Basikal - Guan Eng

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 12:58 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membelanjakan sebanyak RM4.6 juta untuk membina laluan basikal sejauh 1.1 kilometer bermula dari Sungai Pinang ke menuju pusat bandar.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata projek itu melibatkan jambatan basikal serta laluan pejalan kaki merentasi Sungai Pinang meliputi jarak keseluruhan 1.5 kilometer dengan baki 450 meter bernilai RM100,000 dibiayai syarikat swasta.

"Ia adalah sebahagian daripada laluan berbasikal sejauh 12.5 kilometer yang telah dirancang MPPP dengan kerjasama pemaju-pemaju yang telah berjaya disiapkan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran laluan basikal berkenaan di sini, Sabtu.

Katanya laluan itu telah hampir dilengkapkan dan ia bakal menghubungkan Queensbay melalui kawasan pantai timur pulau ke pusat beli belah Gama di Jalan Datuk Keramat, di sini termasuk rangkaian sistem perkongsian basikal.

Dalam pada itu, beliau mencabar pihak yang tidak berpuas hati dengan projek itu yang dijangka menelan kos RM30 juta, supaya membawa perkara berkenaan untuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lim berkata MPPP hanya mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM4.6 juta yang dibuat secara tender terbuka manakala bakinya dibiayai syarikat dan pemaju hartanah swasta.

"Mengenai macam mana baki RM26 juta itu dibelanjakan bukan hal kita...kena tanya syarikat swasta kerana bukan wang kita. Mereka bagi jalan (laluan basikal) sudah cukup gembira," katanya.

Katanya setakat ini MPPP telah menyediakan lorong basikal sama ada secara berasingan atau berkongsi dengan kenderaan lain antaranya di kawasan Zon Warisan, Persiaran Gurney ke Teluk Bahang, Teluk Bahang ke Bayan Lepas dan Balik Pulau yang meliputi laluan kampung serta tepi laut sejauh 20 kilometer.


Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , DAP , MPPP

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan