Kos Operasi Empat Anjung Singgah RM1.5 Juta Setiap Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 7:15 PM

chew mei fun
(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membelanjakan sebanyak RM1.5 juta setahun bagi menampung operasi empat Anjung Singgah, yang diwujudkan bagi membantu golongan gelandangan di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata peruntukan itu merangkumi perbelanjaan purata operasi bulanan sebanyak RM30,000 bagi empat Anjung Singgah di Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak; Johor Baharu, Johor dan George Town, Pulau Pinang.

"Jumlah berkenaan bagaimanapun tidak termasuk kos pembukaan setiap Anjung Singgah yang diperuntukkan RM1.5 juta, dan pusat itu dapat mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat agar tidak terus tercicir daripada arus perdana pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Anjung Singgah Pulau Pinang di Jalan Chulia, di sini, Sabtu.

Sejak Anjung Singgah pertama di Kuala Lumpur dibuka pada April 2011, seramai 2,008 individu mendaftar di empat pusat khidmat bantuan sosial bagi membantu golongan gelandangan itu dan 46 peratus daripada mereka kini berjaya mendapatkan pekerjaan.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 1,237 gelandangan yang menerima manfaat di Anjung Singgah Kuala Lumpur, Sarawak (312 orang), Johor (400) dan Pulau Pinang 59 orang.

"Saya telah melawat tiga Anjung Singgah setakat ini, dan rata-rata golongan gelandangan yang ditemui berhadapan dengan masalah tekanan hidup sehingga gagal mendapatkan tempat kediaman selain berhadapan konflik keluarga, kesihatan mental dan dadah.

"Jadi menerusi program di bawah Anjung Singgah ini kita berjaya membantu golongan yang memerlukan ini untuk sekurang-kurangnya mendapatkan pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup," katanya.

Chew berkata sebuah lagi Anjung Singgah bakal dibuka di Kota Kinabalu, Sabah yang dijangka beroperasi pada pertengahan tahun depan.

"Kami sedar hasrat untuk mencapai sifar kemiskinan di negara ini sukar memandangkan di negara maju seperti Amerika Syarikat pun masih ada golongan gelandangan ini, namun kerajaan terus komited demi membantu kelompok masyarakat yang memerlukan ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Anjung Singgah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan