PAU 2014: Alkisah Si Beruk, Tuannya & Motosikal

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 2:33 PM

Kamal umpama penglipurlara yang mencuit hati perwakilan pada hari ketiga Perhimpunan Agung Umno ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cerita sinis tentang si beruk, tuan beruk dan motosikal berjaya mencuri perhatian perwakilan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014.

Perwakilan Kedah, Mohd Kamal Saidin umpama penglipurlara Umno berkata, seekor beruk dan tuannya perlu saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain jika ingin memastikan motosikal yang akan mereka naiki terus berada dalam keadaan baik dan selamat.

Rancak bercerita dengan kiasan bersahajanya, Mohd Kamal menjelaskan bahawa rakyat dan pemimpin perlu saling bekerjasama jika ingin melihat negara terus maju dan aman.

"Jangan biarkan beruk mati, kerana beruk itu adalah rakyat...kita.

'Jangan biar tuan beruk (pemimpin) mati, kerana itu demi kepentingan negara kita.

"Dan jangan biarkan moto (motorsikal) itu lingkup (rosak), kerana tak rela negara kita dijajah lagi," katanya dalam loghat utara sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.

Beliau yang berucap di pentas PAU buat kali ke-11 menyeru kepada semua perwakilan dan rakyat supaya mentaati pemimpin selagi mereka bertindak berlandaskan ajaran Islam.

Terdahulu ketika membahaskan usul pendikan dan agama, pembahas berpengalaman itu berkata, walaupun kadang-kala beruk akan menyusahkan tuannya, namun peranan haiwan itu tidak boleh dinafikan.

Jelas beliau, sebagai pemilik kepada haiwan berkenaan, tuannya perlu bijak mendekati dan menyatukan rakyat di bawah pimpinannya demi masa depan negara.

"Bila naik moto, kalau sayang bini (isteri), isteri patut letak di depan, tapi sebaliknya dia letak isteri di belakang. Beruk pula yang diletakkan di depan.

"Maknanya dia lebih sayangkan beruk berbanding bininya. Tapi perangai-perangai beruk ini kadang kala bukan tau nilai kasih sayang orang.

"Bila dia naik moto dia raba, getu (cubit) sini, pegang sana, dia tak tau suis moto itu berkuasa (jika dimatikan). Last sekali bila beruk tutup suis, moto mati dalam gear...boleh pacak kepala. Beruk dengan tuan dia dua-dua sekali langgaq (langgar) pokok nyok (kelapa)," katanya disambut tepukan perwakilan sambil ketawa.

Pesannya lagi, sebagai kerajaan, seseorang pemimpin itu perlu bijak menangani masalah yang dihadapi rakyatnya.

"Kalau nak ikut hati nak marah kepada beruk-beruk ini, tapi beruk inilah yang nak naik pokok nyok nanti.

"Macam tu lah juga kita, kalau nak marah pun, yang ini juga nak kempen seluruh negara. Yang ni juga nak balik kuatkan bahagian, yang ni juga pelekat poster," katanya sinis.




Tags / Kata Kunci: beruk , Mohd Kamal Saidin , PAU , motosikal

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan