PAU 2014: BFF Umno Perkemas Penambahbaikan Akta Hasutan - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 5:34 PM

Hishammuddin mahu BFF Umno yang baru ditubuhkan turut menyumbang idea untuk menambahbaik Akta Hasutan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penubuhan Sekretariat Perundangan Umno atau Bona Fide Friend of Umno (BFF) baru-baru ini akan digerakkan untuk memperkemas penambahbaikan Akta Hasutan 1948 yang sebulat suara dipersetujui untuk dikekalkan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sumbangan idea peguam muda yang menyertai BFF perlu kerana keluhuran undang-undang perlu dilaksanakan secara adil dan saksama.

“Unit itu dibentuk bagi mendengar suara dan kebimbangan akar umbi dalam mempertahankan tiang seri negara yang dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan naib presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Jelasnya, melalui unit itu, Umno telah mendekati peguam muda yang selama ini sebenarnya mahu bersama parti pemerintah itu.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, menerusi unit ini, parti pemerintah mendekati peguam muda ini dan ia membuktikan suara Majlis Peguam tidak mewakili semua komuniti perundangan di negara ini.

“Hak untuk berbicara soal perundangan bukanlah hak mutlak Majlis Peguam dan soal perundangan adalah hak seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat dilantik sebagai Ketua Sekretariat unit tersebut berkuat kuasa 12 November lalu.

Sementara itu, beliau berkata, bagi mengiktraf pengorbanan barisan perwira negara, kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membaik pulih rumah keluarga Angkatan Tentera Darat, Laut dan Udara.

“Pengorbanan mereka wajar diterjemahkan dengan komitmen untuk membela kebajikan keluarga mereka dari semua sudut,” katanya.

Malah, Hishammuddin berkata, beliau akan bekerjasama rapat dengan Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Perhebat untuk mengkaji penambahbaikan kebajikan bekas perajurit.

Tags / Kata Kunci: BFF , Akta Hasutan , Hishammuddin Hussein , Umno

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan