BN Bakal Tumbang Jika Tiada Inisiatif Baharu - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 7:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kedudukan sebagai kerajaan pemerintah jika tiada inisiatif baharu dilaksanakan untuk menjadikan parti itu kekal relevan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, menegaskan keadaan semasa menunjukkan 44 kerusi parlimen milik BN berada dalam kategori 'kelabu' dan sekiranya undi rakyat jatuh sekitar dua peratus sahaja, mereka akan kehilangan majoriti minimum yang diperlukan untuk menjadi kerajaan.

"(Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13) BN mempunyai 44 kerusi 'kelabu', yang mana kita menang antara 0.1 hingga 5.9 peratus majoriti sahaja. Hanya dengan penurunan undi dua peratus sahaja, maka akan jadi 103 kerusi parlimen, kurang daripada 112 (majoriti minimum) dan BN akan kalah.

"Dua peratus bukan banyak, kalau saudara kira bahagian parlimen, kalau undi sekian banyak, kiralah dua peratus turun, maka kita akan ada dalam keadaan amat berbahaya," katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Sewaktu berucap, Muhyiddin turut membentangkan visual infografik yang menunjukkan trend sokongan terhadap BN semakin menurun dari PRU ke-11 (2004) hinggalah ke PRU ke-13 (2013).

Muhyiddin berkata, adalah penting bagi orang Umno dan BN untuk mengambil inisiatif baharu dengan segera bagi memastikan sokongan rakyat kembali kepada kerajaan.

"Hanya lebih kurang 39 bulan sahaja lagi, tempoh sebelum PRU mesti diadakan.

"Soalnya dalam tempoh singkat ini apakah inisiatif baharu yang boleh kita laksanakan untuk kembalikan keyakinan, betulkan persepsi, yang dah dibahas usul di peringkat sayap Puteri, Pemuda dan Wanita," katanya lagi.

Namun, katanya lagi, keadaan itu boleh berubah sekiranya anggota Umno dan B Nmemainkan peranan yang lebih baik, dan jika sokongan rakyat meningkat kepada lima peratus (sahaja), maka majoriti dua pertiga dapat dicapai.

Bagi peringkat kepimpinan tertinggi, Muhyiddin menarik perhatian perwakilan bahawa Presiden Umno, yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan lebih meluangkan masa untuk turun ke bahagian-bahagian yang bermasalah itu.

Muhyiddin berkata, langkah itu merupakan komitmen tinggi daripada Presiden untuk mendengar sendiri permasalahan yang sedang dihadapi kawasan itu, serta merangka strategi yang lebih sesuai untuk menyelesaikannya.

"Beliau (Najib) sendiri akan korbankan masa selain tugas rasmi (sebagai Perdana Menteri), untuk lihat urusan parti, turun ke setiap kawasan (yang bermasalah.

"Kita nak tengok siapa ketua bahagian di situ, ada masalah dengan sayapkah, tak ada program, atau buat program syok sendiri, yang tak melibatkan rakyat jelata yang sepatutnya sokong kita," katanya lagi.

Selain itu, Muhyiddin turut memaklumkan Badan Naziran Politik Umno akan turut disertai anggota parti yang tidak mempunyai jawatan tinggi, tapi mempunyai kelayakan dan kredibiliti tertentu untuk memantau cawangan dan bahagian dalam parti.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Muhyiddin sekali lagi mengingatkan perwakilan, dan seluruh anggota parti bahawa Umno dan Barisan Nasional tidak mempunyai masa yang banyak dan: "do or be dead".

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan