Chew Mei Fun Gesa Kerajaan P Pinang Bantu Penarik Beca

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 6:58 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang digesa supaya meningkat taraf hidup penarik beca terutama mereka yang tidak berumah.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata perhatian sewajarnya perlu diberikan kepada penarik beca kerana ada antara mereka menjadikan beca sebagai rumah mereka.

"Kerajaan negeri perlu melakukan sesuatu bagi membantu penarik beca agar tidak terus dibelenggu masalah kemiskinan sehingga ada antara mereka terpaksa menjadikan lorong-lorong sebagai tempat berteduh dengan dipayungi bumbung beca.

"Senario penarik beca tidur di atas beca mungkin pemandangan biasa bagi penduduk tempatan, tetapi sedikit sebanyak keadaan ini memberikan pandangan buruk kepada Pulau Pinang dan Malaysia dari kaca mata pelancong asing," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Terdahulu beliau yang juga Naib Presiden MCA melawat perkembangan operasi Anjung Singgah Pulau Pinang di Lebuh Chulia yang mula dibuka Jun lepas.

Anjung Singgah merupakan pusat rujukan khidmat bantuan sosial bagi gelandangan di bawah projek Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Chew yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang berkata kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng juga perlu sama memainkan peranan dalam memastikan rakyat yang dihimpit kemiskinan turut terbela.

Katanya dalam isu penarik beca tidak berumah, mereka juga boleh digolongkan sebagai gelandangan dan pintu Anjung Singgah sentiasa terbuka untuk mereka sekiranya memerlukan bantuan.

"Bagaimana pun harus diingat operasi Anjung Singgah adalah melibatkan kerelaan golongan terlibat dengan sendirinya dan kita tidak akan sama sekali memaksa mana-mana gelandangan untuk hadir ke pusat komuniti ini.

"Lagipun Anjung Singgah bukan rumah untuk selamanya dan mereka (pengayuh beca) sudah pasti mahukan kediaman tetap bagi mereka menginap untuk berehat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Penarik Beca , Pulau Pinang

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan