PAU 2014: Tutup Sekolah Vernakular Tidak Munasabah - Perwakilan Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 3:19 PM

Taufiq Abu Bakar Titingan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Adalah tidak munasabah untuk menutup sekolah vernakular kerana ramai pelajar bumiputera turut belajar di sana, kata seorang perwakilan Umno dari Sabah.

Menurut Datuk Taufiq Abu Bakar Titingan, daripada 35,162 pelajar yang belajar di sekolah jenis Cina di Sabah pada tahun lalu, kira-kira 15,120 adalah pelajar bumiputera.

"Hampir 50 peratus dalam kalangan pelajar itu adalah bumiputera.

"Terdapat satu sekolah Cina di Tawau dimana 84 peratus pelajarnya terdiri daripada kaum bumiputera.

"Sekiranya sekolah tersebut ditutup, ke mana mereka akan pergi?," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 pada Jumaat.

Taufiq berkata lebih banyak sekolah kebangsaan sepatutnya dibina dengan penekanan diberikan terhadap usaha untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah tersebut.

Katanya, adalah penting untuk meningkatkan kualiti bahasa kebangsaan di sekolah vernakular kerana terdapat ramai pelajar yang tidak fasih bertutur Bahasa Malaysia.

Beliau memberikan contoh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang tidak fasih bertutur bahasa kebangsaan.

"Orang mentertawakannya ketika dia bercakap.

"Kita mahu semua rakyat Malaysia fasih bertutur bahasa kebangsaan, tidak kira dimana mereka bersekolah.

"Saya harap parti komponen akan memilih mereka yang fasih bertutur bahasa kebangsaan," kata Taufiq.

Tags / Kata Kunci: sekolah vernakular , PAU 2014

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan