Skim Subsidi Petrol Untuk Dua Sektor Tidak Berubah

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 9:38 AM

Alias Ahmad

Alias Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Skim subsidi petrol untuk kenderaan pengangkutan awam dan bot nelayan tidak terjejas di bawah sistem apungan terurus yang akan dilaksanakan pada Isnin ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata harga diesel untuk kedua-dua sektor itu akan kekal antara RM1.68 dan RM1.88 seliter.


Katanya, dibawah skim subsidi, RM1.68 merupakan harga untuk bot nelayan dan RM1.88 adalah untuk kenderaan pengangkutan awam.

"Mereka adalah pemegang kad fleet dan dalam kumpulan 11 jenis kenderaan yang layak menerima skim subsidi diesel.

"Sehingga ada pengumuman baharu, subsidi petrol untuk 11 jenis kenderaan dan bot nelayan tidak berubah," katanya kepada The Star di sini selepas berucap pada sesi 'town hall' mengenai Bajet 2015 di sini, Khamis.

Antara 11 jenis kenderaan yang layak menerima subsidi itu adalah teksi, bas sekolah, bas ekspres, bas henti-henti, bas mini, bas pengantara, kereta sewa, van mayat, lori mayat, ambulans (dikendalikan badan sukarela) dan bomba (dikendalikan badan sukarela).

Pada minggu lalu, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 dan diesel akan ditentukan dibawah sistem apungan harga, kaedah sama yang digunakan untuk RON97.

Dibawah mekanisme itu, harga runcit akan ditentukan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia.

Harga runcit bagi RON95 dan diesel pada bulan depan dijangka akan diumumkan berdasarkan purata harga minyak mentah dunia antara 20 hingga 30 November ini.

Harga semasa bagi RON95 adalah RM2.30 seliter manakala diesel RM2.20 seliter.

Alias juga berkata kerajaan masih meneliti program rasionalisasi subsidi minyak tetapi tidak dapat mendedahkan sejauh mana ia telah dicapai.

Tags / Kata Kunci: RON95 , Alias Ahmad , KPDNKK

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan