17 Penduduk Terjejas Tanah Runtuh Berpindah Ke Kawasan Selamat

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 1:46 PM

Kelihatan beberapa anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa keadaan muka bumi di belakang rumah penduduk Kampung Panchor, Seremban selepas berlaku pergerakan tanah di kawasan berkenaan malam Khamis.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sebanyak 17 penduduk daripada enam keluarga Rumah Rakyat Kampung Panchor di sini yang terancam berikutan kejadian tanah runtuh Rabu lepas telah berpindah ke kawasan selamat, sejak Khamis.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata baki 10 penduduk daripada tiga keluarga akan berpindah dalam masa terdekat.

"Pihak bomba masih dalam proses memindahkan kesemua mangsa daripada setiap rumah yang terjejas di kawasan perumahan ini demi keselamatan mereka berikutan keadaan cuaca yang masih belum menentu.

"Langkah pemantauan pergerakan tanah dilakukan lima anggota pada setiap dua jam masih diteruskan," katanya.

Beliau berkata keputusan sama ada penduduk akan dibenarkan kembali ke rumah masing-masing akan diputuskan dalam mesyuarat antara Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri Sembilan dan Jabatan Mineral dan Geosains.

Norazam berkata setakat 6 petang Khamis, tiada pergerakan tanah dikesan.

Bagaimanapun, katanya bomba akan sentiasa berada di lokasi kejadian untuk menjamin keselamatan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
Katanya kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bencana peringkat daerah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan Abdullah Hanapi berkata setakat 6 petang semalam, hanya sebuah keluarga terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita menghuni pusat pemindahan di Program Perumahan Rakyat Seri Perdana, Paroi.

"Pihak JKM telah menyediakan keperluan asas seperti selimut dan makanan yang siap dimasak untuk penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan ini.

"Sekiranya bilangan penduduk yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu bertambah, JKM akan membuka pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Paroi," katanya.

Dalam kejadian pada 3 petang Rabu lepas, sebanyak 17 rumah yang terletak di Jalan Mahsuri 1, Jalan Murni dan Jalan Ria 1, terjejas akibat berlaku pergerakan tanah di kawasan bukit berhampiran.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan