PAU 2014: Seluar Ketat, Stokin 'Pink' KJ Cuit Hati Perwakilan Tapi Penuh Bererti

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 2:51 PM

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (baju kuning) menemui veteran Umno, Datuk Siti Rahmah Kassim,90, yang dijemput ke pentas untuk menemui barisan kepimpinan parti pada PAU 2014 di PWTC, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mungkin melucukan, tetapi itulah kebenarannya apabila perwakilan Pulau Pinang menjadikan stokin merah jambu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai contoh yang dapat dikaitkan dengan seorang pemimpin autentik.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menarik perhatian seluruh perwakilan, pada Jumaat, apabila beliau menyeru pimpinan Umno menjadi pejuang autentik atau sejati mengikut peredaran zaman.

Menamakan Khairy dan beberapa pemimpin lain sebagai contoh terdekat, beliau berkata, rakyat pada masa kini lebih tertarik dengan pemimpin yang 'tidak berlakon' atau berpura-pura di hadapan rakyat dan realistik dalam perjuangan.

"Kita tengok pemimpin muda kita dengan 'keautentikannya', KJ (Khairy) dengan seluar ketatnya, dengan baju 'slim'nya, kadang-kadang stokin pink belang-belang...tapi dalam Facebook, Instagram dan sebagainya beliau mempunyai puluhan ribu pengikut.

"Inilah ciri-ciri keasliannya...rakyat kini makin pandai menilai," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden, di Perhimpunan Agung Umno 2014 (PAU 2014), Jumaat.

Beliau turut menamakan Presiden Indonesia, Joko Widodo sebagai contoh pemimpin yang mempunyai ciri auntentik sambil mengimbas bagaimana Jokowi diterima rakyat dalam waktu  singkat kerana menonjolkan perwatakan yang sebenar.

Beliau yang berjaya menarik perhatian sidang perwakilan dengan perkataan 'autentik' itu berkata, Umno akan menerima kesan dari segi sokongan apabila barisan pimpinannya tidak autentik dalam berpolitik.

"Semasa pilihan raya kecil menteri-menteri kita ikat kain batik di kepala jadi nelayan, jual ikan, toreh getah dan masuk surat khabar...ini tak menyerlahkan keautentikan.

"Rakyat tahu kita berlakon, kita menipu akhir sekali kita dihukum kalah teruk," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keaslian seorang pemimpin mempunyai kaitan dengan peremajaan Umno dan ia tidak boleh dilihat dari segi usia tetapi kemampuan seseorang ahli politik untuk memimpin.

"Peremajaan perlu berlaku secara semulajadi, jangan harapkan presiden seorang sahaja.

"Kalau nak tengok peremajaan, kita kena buktikan kemampuan kita. Kalau rasa kita lebih baik daripada pemimpin sedia ada, susun strategi dan bertanding," katanya.


Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Mohd Zaidi Mohd Said , autentik , KJ

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan