PAU 2014: Najib Pertimbang Permintaan Tiga Sayap

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 2:15 PM

Najib (berbaju oren)memeriksa perbarisan 150 anggota pergerakan ketiga-tiga sayap Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di PWTC di sini, Khamis.
Turut mengiringi, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan untuk mempertimbangkan cadangan supaya satu kerusi khas jawatan naib presiden diperuntukkan kepada Wanita Umno.

Malah Presiden Umno itu turut berjanji untuk mengkaji kemungkinan membuka laluan kepada wanita menjawat jawatan Naib Ketua Umno Bahagian.

Mengakui wujudnya 'tentangan' terhadap cadangan berkenaan, Najib bagaimanapun mahu ia diperhalusi dengan baik.

"Saya dengar...kita akan pertimbangkan setelah adakan rundingan dengan semua pihak sama ada jawatan naib presiden atau naib ketua bahagian untuk wanita.

"Saya faham ada tentangan dalam perkara ini, tetapi sebagai sebuah parti, kita kena duduk berbincang untuk kukuhkan parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Sebelum ini, Wanita Umno turut diiktiraf sebagai tulang belakang Umno, selain digelar 'srikandi negara' sebagai menghargai sumbangan mereka dalam parti itu.

Ketika menyentuh mengenai permintaan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno supaya mereka diberikan lebih peranan, Najib berkata, ia bergantung kepada kriteria yang perlu dipenuhi.

"Kita sedia menimbang tapi dengan syarat mereka (calon) yang dikemukakan nanti menepati kriteria yang ditetapkan.

"Mereka mesti diuji. Saya dan timbalan presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan jadi supervisor," katanya.


Tags / Kata Kunci: Najib Razak , Umno , Wanita , Puteri , Pemuda , kerusi khas

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan