PAU 2014: Jangan Nafikan Kuasa Anak Muda Pada PRU-14 - Jamawi

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 6:23 PM

Jamawi Jaafar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Jangan lihat anak muda sebagai ancaman," demikian peringatan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar.

Berucap ketika membahaskan ucapan dasar presiden, beliau berkali-kali mengingatkan kepimpinan parti di semua peringkat supaya memberi laluan kepada muka-muka baharu untuk meneruskan perjuangan Umno bila tiba masanya.

"Jangan tengok anak muda sebelah mata, jangan nafikan kuasa anak muda kerana kini adalah era dan zaman mereka.

"Jangan persiakan bakat dan kemampuan anak muda. Berilah mereka peluang untuk meneruskan perjuangan demi masa depan Umno," katanya di Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini, Khamis.

Katanya, usaha untuk meremajakan Umno perlu didokong oleh semua kepimpinan bagi menarik minat golongan luar menyertai parti itu.

Tambah beliau, kira-kira empat juta pengundi baharu akan terlibat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Justeru katanya, keterbukaan Umno membuka ruang kepada golongan muda untuk turut serta dalam sistem politik negara menjadi asas bagi menarik sokongan mereka kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Mereka ini (pengundi muda) merupakan faktor kritikal bukan sahaja untuk Umno, tapi untuk parti politik lain.

"Maka sewajarnya ia membuatkan kita gelisah dan tak boleh tidur dengan nyenyak jika kita gagal menawan dan pikat hati mereka," katanya.

Selasa lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan taklimat tertutup kepada perwakilan Umno mengumumkan bahawa parti itu akan melaksanakan pendaftaran keahlian secara dalam talian.

Menurut Najib, langkah berkenaan bertujuan menggalakkan penyertan golongan muda dan profesional untuk menyertai Umno serta bagi mengelakkan isu 'borang hilang' sama ada di peringkat cawangan dan bahagian berlaku.

Tags / Kata Kunci: Jamawi Jaafar , Pemuda Umno , PRU-14

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan