Laporan Audit Bayaran Pampasan Pegawai MBI Dibawa Ke Mesyuarat Exco

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 4:59 PM

Azmin Ali

Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Laporan audit berhubung pembayaran pampasan kepada pegawai bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa tidak mematuhi prosedur akan dibawa ke mesyuarat Exco esok bagi mengenal pasti bentuk tindakan yang boleh diambil.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata sementara perincian laporan audit itu akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan untuk dibahaskan. 
 
"Ada terma kontrak dan garis panduan tidak dipatuhi serta dilanggari (berhubung pembayaran pampasan) sebab terdapat pegawai yang berkhidmat untuk tempoh singkat, tetapi diberikan ganjaran berlipat kali ganda," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) pada sidang DUN di sini hari ini.

Lapan pegawai kontrak bekas menteri besar itu yang dilantik Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.3 juta yang disifatkan pelbagai pihak termasuk anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah. 

Pembayaran itu didakwa telah dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar berkuat kuasa 23 Sept lepas.
 
Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata beliau tidak mempunyai halangan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor mahu menyiasat isu pembayaran pampasan tersebut.

Beliau menegaskan mesyuarat Exco tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan jumlah pampasan ataupun gratuiti pegawai MBI berkenaan dan kaedah pembayaran ditentukan lembaga pengarah MBI yang dipengerusikan Abdul Khalid selaku mantan Menteri Besar. 

Katanya, pihaknya akan menyemak semula garis panduan yang diguna pakai oleh kesemua anak syarikat dan perbadanan di bawah kerajaan negeri berhubung pembayaran pampasan kepada pegawai agar ia selaras dengan garis panduan ditetapkan kementerian kewangan. 

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu dengan peruntukan RM160 juta setahun akan tetap diteruskan meskipun kerajaan negeri berjaya mengambil alih operasi air dari kesemua empat syarikat konsesi di negeri itu menjelang September tahun depan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan